Thursday, December 31, 2020

Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Pasir Panjang




Pengenalan
  • Penubuhan PAKK :- usaha sistematik & berkesan dalam mencegah penganiayaan & pengabaian kanak-kanak.
  • Anjuran: Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK).
  • PPKK → Kenalpasti isu ketara sesuatu kawasan → Tentukan peringkat umur kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan → Tentukan program & tempoh masa perkhidmatan PAKK.
  • PAKK boleh dibuka sepanjang hari atau dalam tempoh masa ditentukan mengikut keperluan.
  • Lokasi : Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu.
Objektif Penubuhan
  • Menganjurkan program dan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan kepada kanak-kanak dan remaja.
Peranan PAKK
  • Tempat perlindungan - menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak
  • Pusat Advokasi - mengadakan ceramah atau kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak
  • Pusat Sumber - menyediakan bahan bacaan dan rujukan untuk kanak-kanak
  • Pusat Pembelajaran - menyediakan kelas-kelas bimbingan, kelas komputer, kelas agama, pidato dan sebagainya
  • Pusat Intervensi Krisis - menyediakan khidmat kaunseling
  • Pusat Sosial, Sukan dan Rekreasi - menyediakan kemudahan untuk bersukan, bersosial dan sebagainya

Tuesday, October 20, 2009

Majlis Berbuka Puasa 2009






Majlis Berbuka Puasa PAKK Pasir Panjang dengan kerjasama JKKK Pasir Panjang dan penduduk-penduduk kampung.